Showing posts with label SAJA. Show all posts
Showing posts with label SAJA. Show all posts

Thursday, 17 September 2015

Akak Hera

Helllo! Post nie saja je nk cite pasal Kak Hera nie, tak tahu apa hubungan kitaorg, macam sedara2 gitu kot... Dia nie suka selfieee, antaranya

With Kak hera n Awli
Yang nie gambar time raya aidilfitri, "As meh la selfiee sikit" HA,, Layan kan aje laaa..

Lagi satu, time Awli's birthday nie haa


Tak sabar nak berebut ambik duit heheh

Nie dak chomel gedik, Aufa kot nama dia

Nie ha budak nyee, asyik nak harijadi jeee


Ok tu jela cite nyee hehhe kbai

final year

Assalamualaikum...

Alhamdulillaah, masuk sem baru, masuk tahun 3

Sem1 : 2 subjek major n 2 subjek pb DAN THESIS ataupun kertas ilmiah 6 jam kredit, banyak wei...

Baru faham perasaan macam mana susahnyee nak buat thesis, nie awal2 tengah poningg nk pilih tajuk, arghhhhhhhhhhhhhh, SABAR SABAR

Buat slow2, go with the flow
FIGHTING! In shaa Allah, Dengan izin Allah, semuanya dipermudahkan Aminnnn

Demam



Masa shortsem, 1 minggu lepas raya kot, rasa lain macam je badan nie,.. batuk, sejuk, panas dalam...
Tapi still balik pegi kelas, sebab ade mid exam...
Tak larat nak study, dengan sakit2 badan nye, panas dalam, pastu degil tak nak makan ubat, depan orang cover macam tak sakit, padahal dalam badan ssakitttt sangat...
Lepas da habis exam, just rehat kan diri, baringg je, smp blk rumah pn, just baringg, bila kena paksa makan ubat, baru makann... tu la, mana nak sembuh nyee...
Dengan seminggu 2 mggu la jugak demam, sakit2 badan tu yang tak boleh tahan, rasa tak larat sangatt, mungkin Allah nak kita ingat kat Dia n sentiasa rasa syukur atas segala nikmat yang diberi, Alhmdulillah...
Tapi nie demam yang teruk jugak laa, ada smp satu tahap tu, rasa macam, Ya Allah, sakit nyeee...
So jaga badan dan kesihatan sentiasaaa, try to stay away dengan demam heheheee... Sakit wei...


Tapi still sempat hantar membe pegi KLIA, exchange student g Brunei, Goodluck tiqaa!

Pakai varsity, sejuk mehh

Tuesday, 28 July 2015

Tazkirah Isyak




INNI AKHAFULLAH (Sesungguhnya aku TAKUT ALLAH)

lepas raya


Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin!


Hari sabtu ahad hari tu pegi Kedah, jalan-jalan cari angin, follow orang nak bertunang kat Kuala Ketil.
Best la, cuma penat dalam van, tak boleh tidur, driver ganas kot, tapi Alhamdulillah selamat pergi dan balik, tapi memang dia bawak laju, dengan van manual, pastu bawak laju duk line kanan je, hadoi...

Ok la, jumpa abang hensem, tak tau nama dia apa, kalau ada jodoh, in shaa allah tak ke mana ye, hehee, ntah leee, perempuan yang baik in sha allah untuk lelaki yang baik... okbye


Gambar dengan atuk Hosna

Monday, 6 July 2015

Ramadhan


Alhamdulillahh, hari da 20 Ramadhann...

Ramadhan mengajar erti kesabaran, erti syukur dan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT...
Wajib ke atas Umat Islam untuk SOLAT 5 WAKTU, PUASA DI BULAN RAADHAN... Tapi masih ada lagi yang tak faham dengan perkataan WAJIB...
WAJIB maksudnya KENA BUAT


Semalam pergi keyyyel with friend, cari baju raya la katakan... hehe, syiokkk meh, tapi penaat sangat sangat, KL nie kalau tak ramai orang tak sah, walaupun hari isnin..


With Kak Nisa, Tika, Raby, Ji


Tuesday, 2 June 2015

Serba salah

Perasaan serba salah

A: Nak sewa bilik ke shortsem nanti?
B: Sewa laa, ambik bape subjek?
A: 1 je
B: Laaa, xya la sewa, ulang alik je
C: buat muka lain macam...

C tu nak duk skali dengan A, tp A nie kekurangan duit....
A serba salah...

Apa jalan penyelesaiannya? Bersambung...

Friday, 22 May 2015

19 MEI 2015


DINNER KKM 2014/2015 KESULTANAN MELAYU MELAKA 


Farah Hafizah Hamka, Mas, Rabiatul Adawiyah, Sazlin Nafiera, Siti Noratikah Hasim, Maiizatul Ashikin, Khairunnisa Zahirah, Siti Nur Najihah, Anasuha




















Sayang kamu kamu! Will be miss this moment :P

Friday, 15 May 2015

Mana Study Week kami


STUDY WEEK MANAA?


Sekarang da 16hb May, lagi 3 minggu untuk siapkan semua assignment, lepa tu teru exam, habi tu bila nak study, tu la study week tak de...
Al kisahnya, ramai yang gunakan masa study week tu untuk study, tapi da tak de study week, tak dela study, hahah...


Hasil carian imej untuk may 2015



18 hb Jun 2015 1 Ramadhan, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN!


Monday, 11 May 2015

21




Pic with my beloved friend

Alhamdulillah, 21 sudah umur hidup didunia ini, suka dan duka, tangis dan tawa dijalani bersama keluarga, sahabat, rakan-rakan dan masyarakat.
Moga ke hadapan, lebih berjaya, lebih matang, lebih baik daripada hari ini, Amin.



Hasil carian imej untuk pantun
heheh

RINDU

Ada apa dengan rindu?

Sekarang nie rindu sangat dengan abang, da lama tak jumpa dia, moga dia sihat, bahagia n pleasee jangan lupa orang kat sini. Kalau la terjumpa dia, rasa nak peluk kuat-kuat, kalau... Insha Allah satu hari nanti, doa kita always with you...

Rindu dengan kawan-kawan yang da lama tak jumpa, kawan matrik, kawan sekolah,... heheh


My lovely brother

Setahun lagi

Tak Sabar!

Pada suatu hari...Eh tak jadi tak jadi...

Sekarang Sem II Tahun 2, lagi setahun je wei...Lama la jugak, 365 hari kan...

Pastu nak ambik shortshem ke tak, tak tahu la... Just follow the flow jelaa...

Nanti Tahun 3, nak siapkan thesis lagi, 2 subjek major n 2 PB, tak tahu la macam mana nak tempoh, insha Allah, Allah sentiasa ada...Don't to worry hehhe, Sem II pulak LI, tempat nak LI pun tak tahu katmana, kalau boleh, nak lari dari Puchong, heheh

Semoga dipermudahkan semuanya, Amin.


Hasil carian imej untuk Tak sabar

Sunday, 14 December 2014

After presentation...


...

Lepas presentation, alhamdulillah mesti lega, tetapi mesti ada perasaan macam, "Kenapa tak buat macam nie". Sebenarnya diri kita merasakan kita boleh buat lebih baik, but mesti ada hikmah disebaliknya, dan kita boleh buat improvement daripada kesilapan yang lepas, Nobody perfect meh! Belajarlah dari kesilapan yang lepas! Jangan pernah menyesal, semuanya pasti ada hikmah Nya, Just do better soon!










Tuesday, 9 December 2014

2 minggu terakhir!





Hujung-hujung sem nie la, masing-masing tengah sibuk dengan assignment last minit nya, presentation, kuiz dan lain-lain...bukan prepare untuk final...Haishhh

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambamu ini, berikanlah kekuatan dan kesabaran serta tidak berputus asa, hanya pada Mu kami meminta.
Amin amin amin...
Kuatkan semangat!
Buat yang terbaik!
Lillahita'alaa



Thursday, 30 October 2014

I'm will back!

Assalamualaikum,

Rasa sudah bertahun lama tidak menaip, hahaha...
Jika ada masa terluang, Insha Allah.

Yang berlalu, biarkan berlalu, kita tempuhilah hidup ini suasana yang baru, wahh!
Kita harus terus berusaha, berusaha dan berusaha.




Pic w/my friends

Wednesday, 9 July 2014

Shortsem

Ramai yang tengah duk relax kat rumah, iftar dengan yang tersayang, makan sedap-sedapp..
Ohhh, yang kami nie, duk belajaq, iftar dan sahur apa yang ada je.. Sabaq jela..
Tapi..
Dah 3 hari kat sini, rasa seronok pulakk..
Sebab, dapat iftar dan sahur ramai-ramai, dengan kawan-kawan, seronokkklaa


Shortsem, memang short, padat sangaat..

Tuesday, 3 June 2014

Cerita Semalam


3 Jun 2014 20:10
Niat di hati hendak makan di kedai sahaja...
Jejak keluar pintu pagar, arah antara dua, sama ada di sana, atau sana...
Ketika di roundabout, kereta berarah lurus...
Sampai di tempat kejadian, "woww, ada pasar malam rupanyee..."
"Banyaknyee gerai...mantap"
"Terbaik terbaik terbaik"
"Macam macam ada"
"Banyak kali round, tak tahu nak beli mana satu"
"Last last, beli semua dehh"
"Syokkk"
"Duit yang keluar pun banyak lee"
"Tapi boleh laaa..."

Pasar Malam Bandar Baru Bangi Seksyen 16

Study Week

Minggu mengulangkaji pelajaran

"Belajar belajar belajar"


Masa inilah nak mengulangkaji semua subjek dan semua bab, emm memang sakit otak la namanya. Tak pe tak pe tak pe, keep calm and be strong!
Semangat!

Just give the very best for ourself and our family, also our life!
Apa yang terjadi masa hadapan, adalah apa yang kita buat pada hari ini...




Banyakkan memohon doa pada Yang Maha Kuasa!
Selepas penat berusaha, kita bertawakkal kepada Allah SWT, dan memohon doa!




G O O D  L U C K  F O R  Y O U R  E X A M !
D O  T H E  V E R Y  B E S T !
M A A F  Z A H I R  B A T I N

Friday, 23 May 2014

Sahabatku


Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku, kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku berikut secara tekal:

  • kecenderungan mengingini apa-apa yang terbaik bagi pihak yang lain;
  • simpati dan empati;
  • kejujuran, khususnya dari segi menegaskan kelemahan pihak yang lain; dan
  • persefahaman
Rujukan dari Wikipedia Ensiklopedia bebas


Semasa sekolah menengah perkenalan bermula, alhamdulillah sehingga sekarang masih mengekalkan persahabatan dan ukhuwah yang terjalin. Mereka adalah Syuhada, Nur Suliana, Siti Mazlinda, Nur Izzati Syahirah dan Zawanah. Walaupun jarang berjumpa, kerana masing-masing sibuk dengan pembelajarannya, tetapi still contact, dan jika mempunyai masa terluang, hangout laa. Sayang korangg!


Sahabat dari sekolah menengah sehingga sekarang

Pertama kali berjumpa di Kolej Matrikulasi Pahang(KMPh), masing-masing buat muka sombong, last2 semua baik belaka. Alhamdulillah, seronok kawan dengan mereka dalam masa tak sampai setahun, sekarang semua menyambungkan pelajaran mereka, ada yang di utara, ada yang di pantai timur dan ada yang di pantai barat dan sebagainya. Rindu semuaa!


2A07

Jiran dan roomate di KMPh, makan, tidur, semua bersama, macam adik-beradik. Thanks semua, sayang koranggg!

Kawan matrik

Jiran dan roomate matrik
                                     
Sahabat di Ukm

With atikah



T H A N K S !


Thursday, 22 May 2014

MAMA KKM 2013/2014



20 Mei 2014 - Berlangsung Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal Kolej Keris Mas 2013/2014 di Dewan Canselori Tun Abdul Razak(Dectar). Ia disambut dengan meriah dengan kedatangan Adibah Noor, Radhi OAG dan Mafa serta sekumpulan penari balley cilik.



Selfie with Adibah Noor

Barisan ahli jawatankuasa MAMA KKM 2013/2014
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, walaupun penat, tetapi kerjasama yang baik daripada semua ahli jawatankuasa MAMA KKM 2013/2014.
Banyak manfaat yang diterima, antaranya
  • Perlunya kerjasama antara satu pasukan
  • Melaksanakan amanah yang diberi dengan baik
  • Sentiasa berkongsi dengan orang kurang bernasib baik
  • Menerima teguran dan nasihat dengan hati yang terbuka
  • Perlunya nilai-nilai murni dalam diri, contohnya sabar, bantu-membantu antara satu sama lain, dan tidak mementingkan diri sendiri
  • mengeratkan hubungan silaturrahim
Terbaikk, KKM Aum Aumm!