Di Perhentian KTM Midvalley
Setelah sampai ke destinasi, saya pun bergegas menuju ke bustop. Tiba-tiba,
"I'm sorry"
Dengan perasaan terkejutnya, "Haaa, Mat Salleh?" ayat bermain difikiran
Terus menoleh ke belakang,
"Can I get your number phone..."
"Perghhh, NEGRO rupanyaa," berbisik di hati
"Ha? Sorry? For what?"
Terkedu seketika melihat kemanisannya,
"I'm sorry, I don't have number phone,"
"No, I'm sorry"
"Ok, It's ok..."
Alhamdulillah, terus melajukan langkah...
Erghhh, nervous sangat, opsss...
"Selamat daripada buaya," terdetik di hati ini
#"Bule" merupakan bahasa indonesia yang bermaksud mat salleh.
Sunday, 27 April 2014
Syukur Alhamdulillah
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
Alhamdulillah, bersyukur sangat dengan rahmat dan nikmat yang diberikan oleh-Nya.
Alhamdulillah, dikurniakan kesempurnaan tubuh badan dan kesihatan yang baik.
Alhamdulillah, diberi ketabahan dan kesabaran dalam setiap ujian-Nya.
Alhamdulillah, diberi ahli keluarga yang baik, bahagia dan menjadi tulang belakang dalam kehidupan ini walaupun kadang-kadang ada buat masalah.
Alhamdulillah, sangat bersyukur diberikan peluang untuk belajar hingga ke tahap ini.
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan hidup, untuk melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.
Alhamdulillah, bersyukur sangat dengan rahmat dan nikmat yang diberikan oleh-Nya.
Alhamdulillah, dikurniakan kesempurnaan tubuh badan dan kesihatan yang baik.
Alhamdulillah, diberi ketabahan dan kesabaran dalam setiap ujian-Nya.
Alhamdulillah, diberi ahli keluarga yang baik, bahagia dan menjadi tulang belakang dalam kehidupan ini walaupun kadang-kadang ada buat masalah.
Alhamdulillah, sangat bersyukur diberikan peluang untuk belajar hingga ke tahap ini.
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan hidup, untuk melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.
"Bersyukur atas apa yang diberi, sesungguhnya ada yang lebih teruk daripada kita."
Monday, 21 April 2014
Suka
Saya suka sangat air kelapa.
Hanya kerana inginkan air kelapa, sanggup redah hujan dan jalan jauh. Tak tahu kenapa, pantang betul nampak air kelapa, wajib beli, mungkin rasanya yang sedap kot.
Manfaat air kelapa:
- Tingkatkan metabolisme anda dan meningkatkan penghadaman
Minum air kelapa secara kerap boleh membantu meningkatkan metabolisme anda secara semula jadi, kemudian membantu badab untuk membakar lemak banyak yang lebih cepat. Tambahan pula, jika anda mempunyai masalah pencernaan, air kelapa boleh mengatasinya kerana ia membantu penyerapan makanan dan mengurangkan berlakunya refluks asid.
- Membantu penurunan berat badan yang sihat
Minum air kelapa secara kerap bukan sahaja bagus untuk menambah kelembapan badan anda dan meningkatkan metabolisme anda, tetapi juga mempunyai kesan yang positif bagi mereka yang cuba untuk mengurangkan berat badan. Minuman sihat yang tidak mengandungi bahan kimia ini telah digunakan selama berabad-abad sebagai minuman berkhasiat dan sihat. Air kelapa hanya mengandungi rendah lemak, gula dan kalori, tetapi ianya kaya dengan nutrien dan vitamin, oleh itu, ia boleh membantu anda menyekat rasa lapar secara sihat..
Jom minum air kelapa!
Sunday, 13 April 2014
Cuti
Yeahh cuti!
Saturday, 5 April 2014
Tuesday, 1 April 2014
Down
JATUH
Sapa yang tak pernah jatuh dalam dunia ini, cuba bagitau sikit, semua orang pastinya akan mengalami jatuh bangun dalam kehidupan, itu pasti.
Pada pemerhatian saya, kebanyakan pelajar masa kini yang kurang berjaya disebabkan oleh sikap dan personaliti mereka. Apabila telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sama ada UPSR atau PMR atau SPM, mereka berasa selesa dan mungkin sedikit tinggi diri, kemudian ia akan memberi kesan terhadap peperiksaan yang seterusnya. Kemudian, apabila mendapat keputusan yang kurang memuaskan, kecewa, sedih, terus down, down and down kononnya.
Manakala, ada juga yang disebaliknya, di mana bangkit daripada kejatuhan yang lepas, membuatkan diri mula mendapat keyakinan dan terus bangkit. Ada juga yang maintain.
Apabila kita jatuh, kita sangat memerlukan seseorang untuk menghulurkan tangan, tapi apa kan daya, kadang-kadang kita tak begitu beruntung, tapi jangan risau, Allah SWT sentiasa bersama kita, mohonlah kepada-Nya apa sahaja, tunaikanlah solat dan berdoalah kepada-Nya, In Sha Allah, Allah SWT itu Maha Besar lagi Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. So, don't worry, bila kita jatuh, kembalilah pada Yang Maha Kuasa. Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)



.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)