Monday, 21 April 2014

Suka


Air kelapaa



Saya suka sangat air kelapa.

Hanya kerana inginkan air kelapa, sanggup redah hujan dan jalan jauh. Tak tahu kenapa, pantang betul nampak air kelapa, wajib beli, mungkin rasanya yang sedap kot.

Manfaat air kelapa:
  • Tingkatkan metabolisme anda dan meningkatkan penghadaman
Minum air kelapa secara kerap boleh membantu meningkatkan metabolisme anda secara semula jadi, kemudian membantu badab untuk membakar lemak banyak yang lebih cepat. Tambahan pula, jika anda mempunyai masalah pencernaan, air kelapa boleh mengatasinya kerana ia membantu penyerapan makanan dan mengurangkan berlakunya refluks asid.
  • Membantu penurunan berat badan yang sihat
Minum air kelapa secara kerap bukan sahaja bagus untuk menambah kelembapan badan anda dan meningkatkan metabolisme anda, tetapi juga mempunyai kesan yang positif bagi mereka yang cuba untuk mengurangkan berat badan. Minuman sihat yang tidak mengandungi bahan kimia ini telah digunakan selama berabad-abad sebagai minuman berkhasiat dan sihat. Air kelapa hanya mengandungi rendah lemak, gula dan kalori, tetapi ianya kaya dengan nutrien dan vitamin, oleh itu, ia boleh membantu anda menyekat rasa lapar secara sihat..



Jom minum air kelapa!






No comments:

Post a Comment