Saturday, 5 April 2014
Tuesday, 1 April 2014
Down
JATUH
Sapa yang tak pernah jatuh dalam dunia ini, cuba bagitau sikit, semua orang pastinya akan mengalami jatuh bangun dalam kehidupan, itu pasti.
Pada pemerhatian saya, kebanyakan pelajar masa kini yang kurang berjaya disebabkan oleh sikap dan personaliti mereka. Apabila telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sama ada UPSR atau PMR atau SPM, mereka berasa selesa dan mungkin sedikit tinggi diri, kemudian ia akan memberi kesan terhadap peperiksaan yang seterusnya. Kemudian, apabila mendapat keputusan yang kurang memuaskan, kecewa, sedih, terus down, down and down kononnya.
Manakala, ada juga yang disebaliknya, di mana bangkit daripada kejatuhan yang lepas, membuatkan diri mula mendapat keyakinan dan terus bangkit. Ada juga yang maintain.
Apabila kita jatuh, kita sangat memerlukan seseorang untuk menghulurkan tangan, tapi apa kan daya, kadang-kadang kita tak begitu beruntung, tapi jangan risau, Allah SWT sentiasa bersama kita, mohonlah kepada-Nya apa sahaja, tunaikanlah solat dan berdoalah kepada-Nya, In Sha Allah, Allah SWT itu Maha Besar lagi Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. So, don't worry, bila kita jatuh, kembalilah pada Yang Maha Kuasa. Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)