Wednesday, 19 March 2014

Miss my brother


Happy birthday bang! (15 Mac), moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan jadilah suami, abang, anak dan hamba Allah yang bertanggungjawab.



Minta maaf sangat-sangat, tak dapat nak bagi hadiah, kita tak kerja lagi, masih berusaha menyambung pelajaran, tak de duit nak beli hadiah. In Sha Allah, nanti bila kita da kerja, kita beli hadiah untuk abang. Hanya mampu mendoakan kebaikan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.


Tiba-tiba, rindu pulak dengan abang. Dah lama tak jumpa dia, selalu mesej je.
Dari kecil sampai sebelum dia kahwin (2010), kitaorang rapat, macam isi dengan kuku.
Tapi, bila abang dah kahwin, kitaorang start ada jarak, yela nanti bini dia marah pulak. Masa dia akad nikah tu tak ikut, sebab tak sanggup nak tengok, tak de la, sebab malas je. 
Mula-mula dia pindah rumah, lepas tu sibuk dengan kerja dia, sibuk dengan bini dia, sibuk dengan anak dia, dan sibuk, sibuk dan sibuk. 

Masa 2011, tahun nak ambil Sijil Peajaran Malaysia (SPM), terasa sangat kehilangan dia, kena belajar sorang-sorang, semua benda kena buat sorang-sorang. Kita tak suka nak kongsi dengan mak or bapak pasal pelajaran or sekolah or kawan-kawan, tak nak bebankan dan menyusahkan dorang pasal hal kita, dorang pun ada kerja dan benda lain nak buat kan. Kita nak belajar rajin-rajin, belajar tinggi-tinggi, nak balas budi mak, bapak, abang, adik dan keluarga, kata-kata semangat diri sendiri agar tidak berputus asa dan terus berjuang.

As sayang mak, bapak, abang, adik sampai mati.


Rajuk

'Touching'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Masa budak-budak dulu, selalu la merajuk, sekarang da anak dara, takkanlah nak merajuk lagi.


Masa zaman budak-budak dulu, selalu gaduh dengan adik macam tom and jerry. Lepas tu, merajuk, masuk bilik, tolak pintu kuat-kuat. Dulu, abang selalu backup, adik kesayangan dia kan. Rindu masa tiga beradik dulu, kalau la masa tu boleh diputarkan semula, tapi Allah itu lagi Maha Berkuasa.

 Pada pendapat saya, marilah kita kurangkan sikap rajuk dan merajuk pada tempatnya, kerana ia menunjukkan sikap kita yang kebudak-budakkan, dan tidak matang.
La Tahzan, Innallaha Ma'ana.