Sunday, 11 May 2014

Rapuh #2



Mengikut Kamus Dewan, rapuh bermaksud, mudah patah; mudah pecah; tidak teguh; lemah.


Terkadang hati manusia tidak seteguh yang disangka, pastinya ada masa ia kuat dan kadang ia rapuh(lemah). Seperti diri ini juga, terlihat dari luaran sangat kuat, tetapi dalaman hanya Allah sahaja yang tahu.

Terkadang tiba-tiba sahaja, menitiskan air mata, tanpa sebab, mungkin betapa berat bebanan yang harus dijalani di dunia ini, lagi-lagi sebagai seorang pelajar, tambahan pula, harus menanggung tanggungjawab sebagai seorang anak yang sangat diharapkan oleh orangtuanya.

Titisan air mata jatuh bertalu-talu,
"Ya Allah, berikanlah hambamu ini kekuatan untuk hidup Ya Allah"
"Hambamu ini hanyalah seorang manusia yang sangat lemah"
"Hanya pada-Mu aku meminta pertolongan"
"Bantulah hambamu yang lemah ini Ya Allah"

Hanya doa yang mampu ku lakukan...
Hanya pada-Mu ku meminta pertolongan...

#Diri ini hanya mampu meminta doa, sokongan dan dorongan serta tunjuk ajar kepada kalian agar dapat memberikan semangat untuk terus meneruskan kehidupan yabg berliku-liku ini.
s e m a n g a t !

Friday, 9 May 2014

Sabo jela

Jam menghampiri 5 petang
Tergesa-gesa memakai tudung di hadapan cermin, tiba-tiba
"Nak pergi mana?"
"Balik lee..."
"Eh malam nie kan ade..."
"Alaaa, ramai kan,..."
Selepas itu, suara itu hilang...
Tiba-tiba,
"Wei, kau balik esok pagi boleh tak?"
"Emmmm..."
Telefonku berdering, ayahku rupanya, lalu aku mengangkatnya dan berbual lebih kurang satu minit lebih...
"Wei, balik esok pagi boleh tak?"
"Emmm..."
"Orang dah siap pakai tudung bagai,... Dari tadi tak nak cakap..." terdetik di hati
"Suka hati kau laa..." ayat sentaap
Di dalam perjalanan ke bustop, terasa bersalah pulak, "Ehh minah nie, buat orang rasa serba salah pulakk, sabo jelaa..."
Sambil menunggu bas, aku menelefon sahabatku, menanyakan pendapatnya...
"Apasal lah bas nie tak sampai sampai,..."
Lalu aku membuat keputusan untuk balik malam nanti.



#Pengajaran yang dapat diambil dalam entri ini, jagalah hati orang.
Hati orang susah nak jaga, hati sendiri siapa lah nak jaga.