Friday, 9 May 2014

Sabo jela

Jam menghampiri 5 petang
Tergesa-gesa memakai tudung di hadapan cermin, tiba-tiba
"Nak pergi mana?"
"Balik lee..."
"Eh malam nie kan ade..."
"Alaaa, ramai kan,..."
Selepas itu, suara itu hilang...
Tiba-tiba,
"Wei, kau balik esok pagi boleh tak?"
"Emmmm..."
Telefonku berdering, ayahku rupanya, lalu aku mengangkatnya dan berbual lebih kurang satu minit lebih...
"Wei, balik esok pagi boleh tak?"
"Emmm..."
"Orang dah siap pakai tudung bagai,... Dari tadi tak nak cakap..." terdetik di hati
"Suka hati kau laa..." ayat sentaap
Di dalam perjalanan ke bustop, terasa bersalah pulak, "Ehh minah nie, buat orang rasa serba salah pulakk, sabo jelaa..."
Sambil menunggu bas, aku menelefon sahabatku, menanyakan pendapatnya...
"Apasal lah bas nie tak sampai sampai,..."
Lalu aku membuat keputusan untuk balik malam nanti.



#Pengajaran yang dapat diambil dalam entri ini, jagalah hati orang.
Hati orang susah nak jaga, hati sendiri siapa lah nak jaga.

No comments:

Post a Comment