Sunday, 4 May 2014

3 patah perkataan - "Minta maaf kak"

Hari ahad yang lalu

Selepas habis makan kenduri free dekat area Shah Alam, kami pun segera pulang ke rumah. Dalam perjalanan, apabila hendak memasuki roundabout, terlihat kereta di dalam roundabout di lorong kanan itu masih jauh, tetapi kami berada di lorong kiri dan terus masuk untuk pergi ke laluan kiri sahaja, kemudian,
"Eh bangkai anjing"
"Ke kanan sikit la"
Tetapi semasa itu mata dan fikiran lebih memikirkan untuk mengelak dari bangai anjing tersebut, tanpa menghiraukan lorong di sebelah kanan. Tiba-tiba, bunyi bergesel kedengaran.
"Astagfirullahh"
Terpaksa berhenti di tengah jalan, dan menyelesaikannya.
"Minta maaf kak ..."
"...,"
Nasib baik calar sedikit sahaja.

Pengajaran untuk semua, agar berhati-hati di jalan raya, dan amat pentingnya sifat bertolak ansur dan sabar ketika memandu. Tolongglah, mematuhi undang-undang di jalan raya.
Pesanan penulis, "Minta maaf kak"






No comments:

Post a Comment