Terpaksa balik rumah selasa malam, menaiki KTM ke Midvalley, seterusya mengambil bas ke Puchong, hanya kerana kesiankan mak.
Rabu
Menghantar mak dan adik ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk check-up.
Tiba dalam pukul 9 pagi, menunggu sehingga pukul 1.30 petang. "Sabo jelaa"
*Melihat orang sakit, menambahkan kesyukuran atas nikmat yang diberi oleh-Nya
Khamis
Cuti Hari Pekerja - pergi ke Hospital Kajang, melawat saudara yang sakit. Menunggu lama sambil makan rojak buah, pau, waffle,
Ingat balik nak makan sate Kajang, tapi ... "Kempunanlaa pulok"
*Saling ziarah-menziarahi, nanti sakit, ada orang jenguk kita pula
Jumaat
Motif utama, membayar pinjaman motor, sampai ke petang juga berjalan bersama sahabat. Mula-mula ke Tesco Puchong, seterusnya ke IOI Mall Puchong, ke tujuan utama, seterusnya makan Pizza Hut, "Terlaksana ngidamnyee"
*Mengeratkan hubungan silaturrahim
Sabtu
Pagi-pagi buta, hantar saudara ke Klang Lama, membuat persiapan kenduri tahlil malam nanti, mak da cakap da semalam, esok ambik mak, pastu pergi kenduri...
Tapi, tengahari itu, kawan matrik ajak keluar, ingatkan kejap je, tapi sampai ke malam.
Mak dengan bapak marah sikit, tapi lepas tu ok da kott.
Bapak call banyak kali, tapi phone silent, pastu angkat sekali je, pastu tak angkat.
Sampai rumah dalam pukul 10 malam, nasib baik mak tak balik lagi, pastu duk rumah saudara, pastu balik rumah dalam kul 11 malam, mak cakap, "kalau orang telefon, angkatt, orang telefon sebab perlulaa,", pastu terus sembahyang dan tidur.
Esoknya, Alhamdulillah, mak dengan bapak ok, malas nak tanya pasal semalam, past is past.
#Best sangat keluar dengan dorang, Mir, Azid dan Wafa, thanks korg, bestt sgt..., lain kali belanja lagi
*Angkatlah phone, walaupun malas; luangkanlah masa bersama yang tersayang selagi ia masih ada, wahh; jangan lupa kalau dah berjanji, "Minta maaf mak, bapak, Insha Allah lain kali tak buat lagi"; Belajar jalan kat KL, jangan nak GPS sokmo
Ahad
Pergi beli barang dapur dengan mak kat OTK Puchong, beli cendol, hilangkan dahaga
*temanlah mak kita, dulu masa kecil, mak tak pernah tinggalkan kita, belilah apa yang perlu sahaja
Ini baru cuti nama diaa
*Isilah masa yang terluang dengan perkara yang memberi manfaat kepada kita, janganlah asyik keje/belajar jee



No comments:
Post a Comment