Aku bukanlah ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Kolej Keris Mas.
Tetapi hanya menjadi sebahagian daripada AJK Dinner BSMM KKM 2014.
Ceritanya bermula,
"Mas, tolong aku boleh?"
"Boleh, tolong apa?"
"Tolong time dinner kitaorang..."
"Okay, makan free kan?"
"Emm..."
"..."
6 Mei 2014 - KP menelefonku untuk hadir ke rehearsal mereka. Selepas rehearsal, aku membantu AJK lain untuk mempersiapkan dan memperhias bilik tersebut. Jam menunjukkan pukul 3 pagi, sebahagian daripada kami sahaja yang masih berjaga untuk menyiapkannya, yang lain hanya menjadi peneman di dalam bilik itu sahaja.
Alhamdulillah, semuanya siap dalam pukul 4.30 pagi. Hanya tidur dalam 3 jam sahaja, pagi tersebut kelas matematik, "Nasib baik tak tidur kat kelas..."
7 Mei 2014 - Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kekurangan.
Alhamdulillah, daripada sini, dapat belajar erti persahabatan, kerjasama berpasukan, sabar dan menerima pendapat orang lain secara terbuka dan hargailah masa yang terluang.
T a h n i a h !


No comments:
Post a Comment