Sunday, 11 May 2014

Hadiah amat bermakna

'Earring'


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. 

10 Mei 2014
Mak mengajak ke kedai, lalu singgah di kedai emas. Selepas mak menyuruhku memilih 'earring',
"Nak yang mana satu"
"Emmm..." perasaanku pelik, tanpa memikirkan apa-apa, ku memilihnya,
"Yang nie la mak"
"Yang lainlah, nie simple sangat"
"Habis tu yang mana..."
"..."
Pendek cerita, mak menghadiahkanku sepasang 'earring', mak kata,
"Tak pela, kan dah lama mak tak bagi hadiah, kan 'earring' tu dah lama, dari kecil lagi"
"Emm..." tersenyum lebar ku keluar dari kedai itu.
Terima kasih mak.


Bukan hadiah yang bernilai kuminta, tetapi cukuplah sekadar hadiah itu bermakna bagiku.
Mungkin yang bermakna itu lebih bernilai. Hanya doa, keredhaan dan keberkatan atas apa yang diberikan selama ini itu sahaja yang kuinginkan. Moga dengan pemberianmu ini, aku lebih menghargai atas apa yang diberikan kepadaku selama ini.
Terima kasih mak bapak.
Kepada kalian yang lain, hargailah atas apa yang diberikan walaupun ianya tidak bernilai, tetapi ia pasti bermakna.
Terima kasih semua.


T e r i m a  k a s i h .





Selamat Hari Ibu

Makk, Selamat Hari Ibu

Tiada hadiah yang dapat kuberikan, hanyalah doa dan melaksanakan apa yang dikehendaki sahaja yang mampu diberi.
"Terima kasih mak"
"Insha Allah, I'll be a good daughter"
Semalam, terasa hendak membuatkan kek coklat kukus khas untuk keluarga yang tersayang.

Kek coklat kukus

Bahan A
1 cawan sebuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
3/4 air panas

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C
4 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk topping (ganache)
300 gram coklat masakan - dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter

Cara membuatnya:
  1. Ayak semua bahan B dan ketepikan seketika.
  2. Masukkan semua bahan A dan kacau sehingga sebati.
  3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar dan pukul sehingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla ke dalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.
  4. Seterusnya, masukkan bahan B yang telah di ayak dan kacau lagi hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang.
  6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.
  7. Angkat dan tunggu kek sejuk dahulu sebelum dipotong.
  8. Curahkan ganache atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
  9. Bila kek dan ganache sudah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais, atau boleh juga dinikmati ketika suam-suam panas.
Cara untuk membuat topping (ganache):

  • Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
  • Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair.


S e l a m a t  m e n c u b a !