Saturday, 1 March 2014

Muqaddimah

About me?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. First time buat blog, assignment kan, kena la buat. Tajuk pertama, about me or tentang saya. Orang kata, "tak kenal maka tak cinta" kan.
Pertama sekali, nama diberi Masnawiyah Binti Masra (tak tahu maksud dia apa), keluarga dan saudara mara panggil "As" (mak yang start dulu kot), tapi kawan-kawan panggil "Mas", mungkin sebab permulaan nama.
Dilahirkan pada 12 Mei 1994 bersamaan 1 Zulhijjah 1414H, pada pukul 10.35 pagi (dalam surat beranak) di Hospital Bersalin Kuala Lumpur pada hari Khamis. Kini mencecah usia 20 tahun (19++ tahun).


Anak ke-2 daripada 3 beradik dan merupakan puteri tunggal dari Masra Bin Masyur dan Hamdaenah Binti Ismael. Rasanya anak bapak kot, sebab perempuan sorang je kot. Masa kecil dulu, main dengan adik (Sarifuddin Bin Masra) dan abang kesayangan (Hasan Bisri Bin Masra). Lebih rapat dengan adik kot, sebab beza kitaorang 2 tahun je, dengan abang rapat jugak, tapi kurang sikit ar sebab jarak kitaorang 7 tahun, yela masa darjah 1, abang da sekolah menengah, pastu abang da kerja, kita still belajar.





Pendidikan bermula masa ayah iqamat la kan. Selepas itu, start Tadika Kemas, kemudian Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana, Kafa Integrasi Madrasatul Iqhwan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana. Setelah itu, sambung di Kolej Matrikulasi Pahang di Gambang, Pahang dan sekarang di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Malas nak cerita zaman persekolahan dulu, sebab malas, ehh bukan, tak ingat sangat, dan zaman budak-budak dulu, sama macam orang lain, ada manis dan ada pahitnya, dan ia mengajar saya erti kehidupan hari ini.

Akhir sekali, saya hidup dalam keadaan biasa-biasa sahaja dan penuh berliku seperti kata pepatah, "hidup seperti roda, sekejap kita berada di atas dan sekejap di bawah". Tu jela dulu cerita hari ini, sekian, terima kasih. Bersambung...


No comments:

Post a Comment