Thursday, 13 March 2014

Kehilangan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Tema seterusnya, pasal 'kehilangan', sir kata sempena kehilangan kapal terbang MAS MH370. #pray4MH370


Selalunya orang kaitkan kehilangan dengan kematian, biasa la tu, tapi kematian itu pasti.
Hari ini, saya nak cerita tentang kehilangan yang sementara.

Mei 2012: Pada hari itu, semangat sangat nak masuk Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pahang. Bertolak dari rumah lepas subuh dari Puchong, Selangor ke Gambang, Pahang. Dalam pukul 10 pagi tiba di R&R Temerloh, pastu sarapan dahulu. Kemudian, sambung perjalanan, simpang nak masuk Gambang jammed pulak, dalam 3 jam kot. Selepas itu, masuk bilik, lambat, so tinggal satu katil je, bila buka pintu, nampak la katil kita, "no choices, never mind". Masa tu, mak dengan bapak dan sepupu hantar sampai bilik, kawan sebilik semua tak ada dalam bilik, dalam 30 minit lepas tu, dorang nak balik, time tu okay lagi. Lepas da salam, pastu ada perjumpaan dekat bilik tv, rasanye, time tu sorang-sorang, tak kenal lagi roomate. Dah habis aktiviti hari tu, malam baru jumpa roomate.
5 hari kemudian, lepas dah habis orientasi, time tu teringat kat keluarga semua, sedih laa, 'homesick' la konon, tak pernah duk asrama kan. "Kita datang sini bukan nak main-main, kita nak menuntut ilmu, kita buat nie semua pun untuk dorang", kata-kata semangat untuk diri sendiri, terus semangat balik.




Detik itu, rasa kehilangan sementara, rasa hilang kasih sayang, dan perlu hidup berdikari. Takkan nak duduk bawah ketiak mak je kan. 
"Let me get what I want".




No comments:

Post a Comment